29 May 2009

Manisnya saat itu.. (Episod 2)

10.15pm..aku kembali gagah melembutkan jari-jemari ini utk menaip kisah seterusnya..lagu Melly Goeslow berjudul "Denting" menjadi halwa telinga ku ketika ini..lagu nya simple sekali, tapi cukup utk membuat hati aku menangis sepuas-puasnya..

Ikutkan hatiku mahu saja aku teriak sekuat-kuatnya setiap kali aku menatap gambar aku dan dia..walaupun tidak sampai 2 bln aku mengikat kasih bersama dia, tapi aku rasakan sudah 2 tahun aku bersama dia..hampir setiap hari pasti aku bertemu dia..keluar makan bersama sudah cukup bagi aku..hati aku pasti tidak senang jika tidak melihat dia makan di depan mata k
u..tambahan pula sejak kebelakangan ini dia kerap saja tidak sihat..sudah tentu akulah org yg paling risau ketika itu..

Banyak lagi kenangan aku bersama dia..kel
uar berlibur sama seperti pasangan lain sudah menjadi perkara biasa..hatiku senang bila melihat dia tersenyum dan tertawa gembira setiap kali bersama aku..kerap juga aku membawa dia keluar bersama rakan2 ku yg lain..dia senang berkawan dgn mereka..aku juga gembira melihat dia tidak kekok bila bersama teman2 aku yg lain..katanya dia amat berterima kasih kpd aku kerana memperkenalkannya kpd rakan2 ku..menurutnya, dia susah utk rapat dgn org...

Tidak semua yg aku mampu ceritakan di sini..tp aku mahu ceritakan satu kenangan yg aku takkan lupa sampai bila2..sesuatu
yg telah aku berikan kpd dia..sebenarnya ia adalah satu kejutan daripada aku utk dia..di saat aku melamar dia pada 1204, aku ada berjanji pada dia yg aku akan melamar dia dlm suasana yg dia sendiri takkan jangka..waktu itu dia beriya2 ingin tau apa yg aku akan lakukan..jawabku mudah saja.."mana ley b bgtau syg..kalau bgtau tu bkn surprise dah la namanya.."

Aku sengaja membiarkan perkara itu berlalu begitu saja..sehingga membuatkan dia sendiri lupa..akhirnya tiba la hari aku ingin membuat kejutan kepadanya..sebenarnya sudah lama aku merancang semua ini.
.tapi atas sebab2 tertentu aku terpaksa menangguhkannya..tambahan pula pada waktu itu dia sedang menduduki peperiksaan akhir..jadi aku hanya menunggu waktu yg sesuai..

Apa k
ejutan yg ingin aku berikan?..bukanlah apa pun..sebuah makan malam istimewa di kediamanku seperti dalam cerita2 cinta yg biasa kita tonton..kira candle lite dinner laa..dgn kerjasama rakan2 serumah ku terutama sekali papa, semuanya berjalan lancar..persediaan rapi bermula sejak petang lagi..hari itu merupakan hari terakhir peperiksaan dia..dia pula sudah berjanji utk dtg ke rumah ku sebelah mlm nanti..memang kena lah!

Aku sengaja ingin membuat gimik pada dia..kononn
ya pada waktu aku ingin pergi menjemput dia di rumahnya aku kemalangan..saje nk bagi dia terkejut sikit..bukan kemalangan yg dasyat la..luka skit2 jek..semuanya diatur rapi ketika itu..tapi biasalah..semua yg dirancang pasti takkan sama..tetiba dia menghantar sms memberitahu dia tidak berapa sihat dan asma nya dtg kembali..aku mula panik..semuanya sudah tersedia..

Aku gagahi juga utk me
neruskan apa yg dirancang..papa menghantar sms kpd dia mengatakan aku kemalangan kemudian papa sendiri pergi menjemput dia di rumahnya..aku pula hanya menanti kedatangannya di rumahku..konon2 nya aku sedang terbaring di rumah selepas kemalangan..lebih kurang setengah jam, papa memberi isyarat dia sudah hampir tiba bersama dia..berdebar juga aku ketika itu..tak tahu apa reaksi dia nanti..

Dia tiba dalam keadaan gusar..aku menanti
di dalam bilik..kurang seminit selepas itu dia masuk ke dlm bilik selepas dimaklumkan oleh rakan serumah ku yg lain yg aku sedang berbaring di dalam bilik..dia terkejut ketika itu..melihat aku berdiri tegak di hadapan pintu sambil tersenyum..lantas terus memukul aku.."b tipuu!! b tipuuu..." waktu itu aku hanya mampu tersenyum melihat telatah dia.."syg, as i promised..ini utk syg.."

Aku
agak terkejut bila dia memberitahu ibunya dlm perjalanan dari bangi ke shah alam utk menjemput dia..tapi aku faham kerana keadaannya yg tidak berapa sihat.."Takpe syg..kita makan cepat2 k.." Aku tidak makan pun ketika itu..Hanya menyuapkan makanan ke mulut dia..Aku cukup kenyang bila dpt melihat dia ketika itu..Sempat juga aku menayangkan video yg aku hasilkan khas utk dia..

Walaupun malam aku bersama dgn dia itu berlalu dengan singkat sekali, namun aku tetap puas..Puas kerana dpt mengotakan janjiku kepada dia..Dia pula tidak putus2 mengucapkan terima kasih dan melahirkan rasa terkejut selep
as itu...Katanya dia betul2 terkesima.."Sory syg sbb b tipu syg...Hehe"

Aku sertakan sedikit gambar2 yg sempat a
ku ambil mlm itu khas utk tatapan anda..







"Syg..B syg sgt kt syg tau...."

4 comments: