31 May 2009

Sayang... (Episod 4)

Hari ini aku seperti tiada daya utk menaip kisah AKU dan DIA..Entah kenapa badan ini begitu lemah sekali..Setiap hari aku cuba untuk melahirkan kekuatan dalam diri ini..Tapi semakin aku cuba utk melawan, semakin itu lah jiwa aku semakin lemah..Fikiran aku semakin kacau..Setiap masa aku memikirkan dia..Setiap kali juga aku terkenangkan saat manis aku bersama dia.."Syg..I miss u so much.."

Di sini ingin aku kongsi sebuah lirik lagu yg menjadi kegemaran dia..Pernah dia mengirimkan lirik lagu ini kepada aku melalui SMS..Seperti ingin menyampaikan isi hatinya melalui bait-bait dlm lagu ini..Katanya lagu ini membawa makna dlm dirinya..Tersentuh juga bila aku amati setiap baris lagu ini..

Ajai feat Marsha - Sayang (OST Sayang You Can Dance)

la la... ku sayang kamu...

la la memang ku cinta...
la la la la.....

ku taruh hati ku
pada bicara tentang cinta
kau mungkin pun tahu
kata hati mu

aku cuba lupakan
tapi ku tak terdaya kasih
namun sayang yang hadir
membawa sinar

lena aku didalam pelukkan mu
ku tak pernah rasa cinta oh sebegini
bisakah terus begini
pertahankan cintaku

kata hati jangan lepaskan cinta
kerna kita seharuslah hidup bersama
biar badai datang melanda
cinta tak akan goyang

masa akan tentukan
kesetian hati ini
kita terus begini
hingga akhirnya... ohh...

memang ku cinta
ku sayang kamu

aku cinta
ku sayang padamu..



"Untuk syg..ini lagu kita..."

30 May 2009

Hujan di tengahari... (Episod 3)




Pepatah itu memang tepat sekali kena dgn aku..Mengharapkan panas sampai ke petang, tapi tak pernah menyangka hujan pulak di tengahari..Biasala bila bercinta ni takkan selalunya indah..Gaduh sikit2 tu mesti ada punya..Bagi aku itu lumrah dalam berkasih..Kerna definisi CINTA bagiku ialah satu proses utk kita mengenali hati budi masing2..Jika kita gagal di situ, maka gagal lah juga cinta itu..

Mengenali dia memang satu kegembiraan yg tidak terkata buat aku..Hari demi hari aku cuba utk menyelami hati budinya..Dia memang seorang yg kuat merajuk..Seawalnya dia sudah memberitahuku perkara itu..Pernah sekali dia merajuk denganku dek kerana aku marahkan dia..Ketika itu dia memberitahu aku yg rakan baiknya ada membuat birthday party..Dan aku pula entah kenapa terus melenting..Aku tau dia nak ke sana..Tapi ketika itu keadaannya yg tidak berapa sihat buat aku khuatir..Silap aku juga kerana marahkan dia..Waktu itu dia belum sempat lagi bertanya kepada aku sama ada boleh atau tidak dia ke sana..Memang silap aku juga waktu itu.."Syg, maafkan b ekk..B marah bersebab"..


Lama juga dia merajuk denganku..Tapi aku tak pernah penat utk memujuk..Tambah pula keadaan kesihatan dia ketika itu semakin merisaukan hari demi hari..Dia disahkan suspek DENGGI..Memang aku betul2 risau dgn keadaannya ketika itu..Sering saja lemah dan hanya terbaring di rumah..Tak lama selepas itu kesihatannya semakin baik..Cuma sekali sekala dia mengadu sakit2 badan.."Syg dah sihat ni nak sambung majok balik ar ngan B..We declare war back"..Boleh plak camtu kan?..Haii sayang sayang...

Semua tu sebahagian daripada kenangan2 aku bersama dia yg tak berapa manis..Yela,sape yg suka bila bergaduh kan?..Tapi aku percaya semua itu buat aku lebih mengenali dia..Bukan senang nak betul2 kenal pasangan kita ni..Kadang2 tu macam2 kerenah..Tapi aku tak pernah hiraukan semua tu..Kerna aku menerima dia seadanya..Masih segar lagi dalam ingatanku skrip dalam filem Hindustan "Mohabbatein".."Cinta ialah apabila kita sanggup menerima dia seadanya..Jika kita ingin mengubah dia sebelum bercinta, maka itu bukan lagi dinamakan cinta"..(tu dalam BM la)..kalau tulis bahasa Hindi kang tak paham plak kan..

Itu baru kisah mendung..Belum lagi masuk kisah hujan..Entah kenapa sejak peristiwa itu dia mula menunjukkan perubahan denganku..Kalau dulu kami kerap ber SMS atau YM..Tapi sejak kebelakangan itu sudah mulai kurang..Kalau SMS pun ringkas saja isinya..Arghh mungkin sebab dia masih belum2 betul sihat..Aku cuba utk tidak memikirkan itu..Tapi aku betul2 rindukan saat dia menyatakan dia RINDU pada aku..Kadang2 tu baru je jumpa sebentar tadi dah ckp RINDU..Hmm nak buat macam mana kan..Tengah kemaruk cinta kot..

Perubahan dia makin ketara selepas itu..Kadang2 bila ajak berjumpa atau keluar makan pun ada saja alasannya..Tak larat la..Tak sihat la..Penat la..Tapi aku faham situasi dia..Cuma aku hanya risaukan kesihatan dia yang tidak menentu..Hampir setiap masa aku berdoa supaya dia cepat sembuh..Tak sampai hati bila melihat dia tidak lalu utk menjamah nasi.."Syg,bila syg sakit B pun terasa sakitnya.."

Tapi hati ini tak pernah senang sejak itu..Ligat saja otak ini memikir keadaan dirinya yg sudah mula berubah..Dia lebih kerap merajuk dan mudah utk marah..Biasalah fikiran ini terlalu mudah utk fikirkan perkara yang negatif..Bagiku itu tak menjadi kesalahan..Tapi biarlah berpada-pada kan..Aku bukanlah jenis yang suka syak wasangka..Kerna aku meletakkan kepercayaan 100% padanya..Dan aku pulak bukan jenis yang suka mengongkong..Itu yg berkali-kali aku ucapkan pada dia.."B takkan halang apa yg syg nak buat..Sebab B tau syg dah cukup dewasa utk berfikir mana yg baik dan mana yg tak"..Harapan aku dia tidak mensia2 kan kepercayaan aku kepada dia..

Pernah sekali di awal perhubungan kami dia ada bertemu dgn ex-bf nya tanpa pengetahuan aku..Pada waktu itu dia sendiri yg meminta maaf kpd aku kerna tidak memberitahu lebih awal..Aku tidak marah sgt pun pada masa itu..Cuma aku agak kesal bila dia menyatakan pada aku dia ingin bertemu dgn rakannya..Tapi dalam masa yg sama dia bertemu dgn ex-bf nya utk menyampaikan hadiah hari jadi.."Takpelah syg..Benda dah lepas pun..B tak suka nak marah2..Lagipun syg dah bagitau B pun kan..Past is Past"..

Sehinggalah pada satu hari...Hujan mula rebah ke bumi..Bukan saja gerimis..Tapi dituruti dgn kilat sabung menyabung..



(to be continued)




29 May 2009

Manisnya saat itu.. (Episod 2)

10.15pm..aku kembali gagah melembutkan jari-jemari ini utk menaip kisah seterusnya..lagu Melly Goeslow berjudul "Denting" menjadi halwa telinga ku ketika ini..lagu nya simple sekali, tapi cukup utk membuat hati aku menangis sepuas-puasnya..

Ikutkan hatiku mahu saja aku teriak sekuat-kuatnya setiap kali aku menatap gambar aku dan dia..walaupun tidak sampai 2 bln aku mengikat kasih bersama dia, tapi aku rasakan sudah 2 tahun aku bersama dia..hampir setiap hari pasti aku bertemu dia..keluar makan bersama sudah cukup bagi aku..hati aku pasti tidak senang jika tidak melihat dia makan di depan mata k
u..tambahan pula sejak kebelakangan ini dia kerap saja tidak sihat..sudah tentu akulah org yg paling risau ketika itu..

Banyak lagi kenangan aku bersama dia..kel
uar berlibur sama seperti pasangan lain sudah menjadi perkara biasa..hatiku senang bila melihat dia tersenyum dan tertawa gembira setiap kali bersama aku..kerap juga aku membawa dia keluar bersama rakan2 ku yg lain..dia senang berkawan dgn mereka..aku juga gembira melihat dia tidak kekok bila bersama teman2 aku yg lain..katanya dia amat berterima kasih kpd aku kerana memperkenalkannya kpd rakan2 ku..menurutnya, dia susah utk rapat dgn org...

Tidak semua yg aku mampu ceritakan di sini..tp aku mahu ceritakan satu kenangan yg aku takkan lupa sampai bila2..sesuatu
yg telah aku berikan kpd dia..sebenarnya ia adalah satu kejutan daripada aku utk dia..di saat aku melamar dia pada 1204, aku ada berjanji pada dia yg aku akan melamar dia dlm suasana yg dia sendiri takkan jangka..waktu itu dia beriya2 ingin tau apa yg aku akan lakukan..jawabku mudah saja.."mana ley b bgtau syg..kalau bgtau tu bkn surprise dah la namanya.."

Aku sengaja membiarkan perkara itu berlalu begitu saja..sehingga membuatkan dia sendiri lupa..akhirnya tiba la hari aku ingin membuat kejutan kepadanya..sebenarnya sudah lama aku merancang semua ini.
.tapi atas sebab2 tertentu aku terpaksa menangguhkannya..tambahan pula pada waktu itu dia sedang menduduki peperiksaan akhir..jadi aku hanya menunggu waktu yg sesuai..

Apa k
ejutan yg ingin aku berikan?..bukanlah apa pun..sebuah makan malam istimewa di kediamanku seperti dalam cerita2 cinta yg biasa kita tonton..kira candle lite dinner laa..dgn kerjasama rakan2 serumah ku terutama sekali papa, semuanya berjalan lancar..persediaan rapi bermula sejak petang lagi..hari itu merupakan hari terakhir peperiksaan dia..dia pula sudah berjanji utk dtg ke rumah ku sebelah mlm nanti..memang kena lah!

Aku sengaja ingin membuat gimik pada dia..kononn
ya pada waktu aku ingin pergi menjemput dia di rumahnya aku kemalangan..saje nk bagi dia terkejut sikit..bukan kemalangan yg dasyat la..luka skit2 jek..semuanya diatur rapi ketika itu..tapi biasalah..semua yg dirancang pasti takkan sama..tetiba dia menghantar sms memberitahu dia tidak berapa sihat dan asma nya dtg kembali..aku mula panik..semuanya sudah tersedia..

Aku gagahi juga utk me
neruskan apa yg dirancang..papa menghantar sms kpd dia mengatakan aku kemalangan kemudian papa sendiri pergi menjemput dia di rumahnya..aku pula hanya menanti kedatangannya di rumahku..konon2 nya aku sedang terbaring di rumah selepas kemalangan..lebih kurang setengah jam, papa memberi isyarat dia sudah hampir tiba bersama dia..berdebar juga aku ketika itu..tak tahu apa reaksi dia nanti..

Dia tiba dalam keadaan gusar..aku menanti
di dalam bilik..kurang seminit selepas itu dia masuk ke dlm bilik selepas dimaklumkan oleh rakan serumah ku yg lain yg aku sedang berbaring di dalam bilik..dia terkejut ketika itu..melihat aku berdiri tegak di hadapan pintu sambil tersenyum..lantas terus memukul aku.."b tipuu!! b tipuuu..." waktu itu aku hanya mampu tersenyum melihat telatah dia.."syg, as i promised..ini utk syg.."

Aku
agak terkejut bila dia memberitahu ibunya dlm perjalanan dari bangi ke shah alam utk menjemput dia..tapi aku faham kerana keadaannya yg tidak berapa sihat.."Takpe syg..kita makan cepat2 k.." Aku tidak makan pun ketika itu..Hanya menyuapkan makanan ke mulut dia..Aku cukup kenyang bila dpt melihat dia ketika itu..Sempat juga aku menayangkan video yg aku hasilkan khas utk dia..

Walaupun malam aku bersama dgn dia itu berlalu dengan singkat sekali, namun aku tetap puas..Puas kerana dpt mengotakan janjiku kepada dia..Dia pula tidak putus2 mengucapkan terima kasih dan melahirkan rasa terkejut selep
as itu...Katanya dia betul2 terkesima.."Sory syg sbb b tipu syg...Hehe"

Aku sertakan sedikit gambar2 yg sempat a
ku ambil mlm itu khas utk tatapan anda..







"Syg..B syg sgt kt syg tau...."

Di sini bermula... (Episod 1)

Tanggal 29 May 2009, jam 2.20 pagi..aku gagahi jari jemari ini untuk menaip kisah pertama aku..sebuah kisah aku dan dia..setelah sengsara hati ini melayan perasaan sendiri dek apa yang telah berlaku antara aku dan dia..aku memulakan langkahku utk mencipta blog ku sendiri...

Kenapa 1204?..itu tarikh aku mengikat kasih bersama dia..masih tergambar jelas dlm ingatanku saat pertama kali aku bertemu dia..betapa hati ini tak keruan melihat tingkahnya..betapa cairnya aku melihat senyum manis terukir di bibirnya..aku bukanlah jenis yang terlalu mudah utk suka pada sesiapa..tapi ntah kenapa aku begitu tertarik dgn dia..

Namanya H..namanya secomel orgnya..dia muda setahun dariku..menuntut di institut pengajian tinggi yg sama denganku..aku tau dia seorang yg baik..elok budi pekertinya..mungkin itu yg buat aku betul2 jatuh hati padanya..

Pertemuan di sebuah kedai makan aku rasakan begitu singkat sekali..aku sendiri tidak pernah menyangka utk berjumpa dia..aku pergi bersama papa, rakan baikku..aku sengaja mengajak dia sekali..pergi tanpa sebarang perasaan kami pantas ke tempat yg dijanjikan utk bertemu..

"Dia comel.." Itu ungkapan aku kepada papa saat pertama kali aku melihat dia sedang duduk di meja makan..Kami bertemu dan aku mengenalkan papa kepadanya..kami byk berbual..seperti telah lama kenal..papa tak banyak berbicara kerna sibuk dgn santapan nasi lemaknya..

Pulang dari kedai makan aku sgt gembira ketika itu..kerna dpt mengenali dia..iya aku akui aku sukakan dia..AKU SUKAKAN DIA!..perbualan kami bersambung melalui sms..aku pantas meluahkan perasaan suka aku kpd dia..aku sedar itu sesuatu yg drastik..tp bagiku kalau hati dah suka kenapa perlu tunggu?..inilah aku..

Sungguh aku tak menyangka dia juga punya rasa yg sama..mlm itu tanggal 12hb April 2009 kami mengikat kasih..aku melonjak kegembiraan..rakan2 serumah mula hairan melihat tingkahku..tapi papa sudah dpt mengagak ketika itu..dia agak marah juga dgn tindakan aku..tp dia sentiasa menyokong apa yg aku lakukan..dialah satu2 nya kawan yg faham isi hatiku..hanya dia yg tau apa yg aku mahu..thanks so much my fren!

Menurut papa, H nampak baik orgnya..katanya dia sesuai dgn aku..selama ini memang papa la menjadi tempat aku merujuk..kebiasaannya aku akan meminta restu dia kalau aku ingin berkapel dgn sesiapa..kerna dia tau apa yg terbaik utk aku..pernah dulu sekali dia tidak merestui hubungan aku bersama seseorg..tp aku berkeras ketika itu..akhirnya hubungan itu hanya bertahan seminggu..hmmm sory papa..

Hubungan aku bersama H begitu bahagia sekali selepas itu..dia memanggil aku "b"..dan aku memanggil dia "syg"..pernah sebelum ini aku sudah tekad utk tidak menjalin hubungan dgn sesiapa..cukuplah hati aku ini terluka..sudah cukup juga jiwa ini sengsara..cinta bagiku bukan sekadar bahagia..ada kalanya derita itu lebih banyak lagi daripada bahagia..tapi kali ini aku yakinkan diri aku utk hidup bersama dia..aku benar2 yakin ketika itu kami akan bahagia bersama.."b janji dgn syg b akan bahagiakan syg..takkan sekali b lukakan hati syg.."

Cukup setakat ini permulaan kisah aku dan dia..aku akan meneruskan kisah ini kemudian..kerna tatkala ini air mataku mula rebah ke bumi..