30 May 2009

Hujan di tengahari... (Episod 3)




Pepatah itu memang tepat sekali kena dgn aku..Mengharapkan panas sampai ke petang, tapi tak pernah menyangka hujan pulak di tengahari..Biasala bila bercinta ni takkan selalunya indah..Gaduh sikit2 tu mesti ada punya..Bagi aku itu lumrah dalam berkasih..Kerna definisi CINTA bagiku ialah satu proses utk kita mengenali hati budi masing2..Jika kita gagal di situ, maka gagal lah juga cinta itu..

Mengenali dia memang satu kegembiraan yg tidak terkata buat aku..Hari demi hari aku cuba utk menyelami hati budinya..Dia memang seorang yg kuat merajuk..Seawalnya dia sudah memberitahuku perkara itu..Pernah sekali dia merajuk denganku dek kerana aku marahkan dia..Ketika itu dia memberitahu aku yg rakan baiknya ada membuat birthday party..Dan aku pula entah kenapa terus melenting..Aku tau dia nak ke sana..Tapi ketika itu keadaannya yg tidak berapa sihat buat aku khuatir..Silap aku juga kerana marahkan dia..Waktu itu dia belum sempat lagi bertanya kepada aku sama ada boleh atau tidak dia ke sana..Memang silap aku juga waktu itu.."Syg, maafkan b ekk..B marah bersebab"..


Lama juga dia merajuk denganku..Tapi aku tak pernah penat utk memujuk..Tambah pula keadaan kesihatan dia ketika itu semakin merisaukan hari demi hari..Dia disahkan suspek DENGGI..Memang aku betul2 risau dgn keadaannya ketika itu..Sering saja lemah dan hanya terbaring di rumah..Tak lama selepas itu kesihatannya semakin baik..Cuma sekali sekala dia mengadu sakit2 badan.."Syg dah sihat ni nak sambung majok balik ar ngan B..We declare war back"..Boleh plak camtu kan?..Haii sayang sayang...

Semua tu sebahagian daripada kenangan2 aku bersama dia yg tak berapa manis..Yela,sape yg suka bila bergaduh kan?..Tapi aku percaya semua itu buat aku lebih mengenali dia..Bukan senang nak betul2 kenal pasangan kita ni..Kadang2 tu macam2 kerenah..Tapi aku tak pernah hiraukan semua tu..Kerna aku menerima dia seadanya..Masih segar lagi dalam ingatanku skrip dalam filem Hindustan "Mohabbatein".."Cinta ialah apabila kita sanggup menerima dia seadanya..Jika kita ingin mengubah dia sebelum bercinta, maka itu bukan lagi dinamakan cinta"..(tu dalam BM la)..kalau tulis bahasa Hindi kang tak paham plak kan..

Itu baru kisah mendung..Belum lagi masuk kisah hujan..Entah kenapa sejak peristiwa itu dia mula menunjukkan perubahan denganku..Kalau dulu kami kerap ber SMS atau YM..Tapi sejak kebelakangan itu sudah mulai kurang..Kalau SMS pun ringkas saja isinya..Arghh mungkin sebab dia masih belum2 betul sihat..Aku cuba utk tidak memikirkan itu..Tapi aku betul2 rindukan saat dia menyatakan dia RINDU pada aku..Kadang2 tu baru je jumpa sebentar tadi dah ckp RINDU..Hmm nak buat macam mana kan..Tengah kemaruk cinta kot..

Perubahan dia makin ketara selepas itu..Kadang2 bila ajak berjumpa atau keluar makan pun ada saja alasannya..Tak larat la..Tak sihat la..Penat la..Tapi aku faham situasi dia..Cuma aku hanya risaukan kesihatan dia yang tidak menentu..Hampir setiap masa aku berdoa supaya dia cepat sembuh..Tak sampai hati bila melihat dia tidak lalu utk menjamah nasi.."Syg,bila syg sakit B pun terasa sakitnya.."

Tapi hati ini tak pernah senang sejak itu..Ligat saja otak ini memikir keadaan dirinya yg sudah mula berubah..Dia lebih kerap merajuk dan mudah utk marah..Biasalah fikiran ini terlalu mudah utk fikirkan perkara yang negatif..Bagiku itu tak menjadi kesalahan..Tapi biarlah berpada-pada kan..Aku bukanlah jenis yang suka syak wasangka..Kerna aku meletakkan kepercayaan 100% padanya..Dan aku pulak bukan jenis yang suka mengongkong..Itu yg berkali-kali aku ucapkan pada dia.."B takkan halang apa yg syg nak buat..Sebab B tau syg dah cukup dewasa utk berfikir mana yg baik dan mana yg tak"..Harapan aku dia tidak mensia2 kan kepercayaan aku kepada dia..

Pernah sekali di awal perhubungan kami dia ada bertemu dgn ex-bf nya tanpa pengetahuan aku..Pada waktu itu dia sendiri yg meminta maaf kpd aku kerna tidak memberitahu lebih awal..Aku tidak marah sgt pun pada masa itu..Cuma aku agak kesal bila dia menyatakan pada aku dia ingin bertemu dgn rakannya..Tapi dalam masa yg sama dia bertemu dgn ex-bf nya utk menyampaikan hadiah hari jadi.."Takpelah syg..Benda dah lepas pun..B tak suka nak marah2..Lagipun syg dah bagitau B pun kan..Past is Past"..

Sehinggalah pada satu hari...Hujan mula rebah ke bumi..Bukan saja gerimis..Tapi dituruti dgn kilat sabung menyabung..



(to be continued)




No comments:

Post a Comment