22 June 2009

Mengapa?... (Episod 7)

Sambil telinga ini dihidangkan dengan lagu Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal, aku kembali meneruskan kisah AKU dan DIA..Tersentap jiwa ini bila mendengar lagu dendangan kumpulan Shades ini..Air mata terasa begitu murah untuk mengalir..Memang sudah menjadi kebiasaan aku melayan perasaan dengan lagu-lagu seperti ini..Kerana lagu juga boleh menjadi medium untuk aku meluahkan perasaan aku..

"Ku mencari..Ku mencari..Apakah salahku..

Kau buatku termenung seorangan..

Dalam diri sangsi akhirnya begini..

Perpisahan tak ku duga..

Ku mengerti ku fahami keputusan diri..

Biar saja aku sebegini..

Permintaan terakhir ku jangan kau lafazkan..

Simpan saja kata-kata.."

                                                      ...Shades - Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal

.

Seperti yang telah aku janjikan, aku menyambung kisah dari episod sebelum ini..Persoalan mengapa aku masih kekal bertahan di sini akan menjadi input besar untuk kisah kali ini..Setelah bermacam dugaan yang aku lalui, mengapa aku masih mampu berdiri di atas hubungan ini?..Hubungan yang aku sendiri tidak tahu kesudahannya..Malah aku sendiri tidak mengetahui di mana letak duduk aku di dalam hati DIA pada waktu ini..

18 Jun lalu aku ada bertemu dengan DIA..Setelah pertelingkahan besar yang berlaku antara AKU dan DIA dek kemunculan orang keempat dalam kisah AKU dan DIA, aku sekali lagi kebalkan diri untuk bertemu DIA dengan harapan untuk mendengar dari mulutnya sendiri dan berbincang..Mungkin aku bodoh kerana masih lagi memberi ruang pada DIA untuk berbincang..Tapi inilah aku..

"Syg dengan dia takde apa-apala B..Just macam adik dengan abg je"..Itu yang terpacul dari mulutnya tatkala aku bertanyakan perihal kemunculan orang keempat itu..Mahu saja aku menjerit ketika itu..Sama ada untuk percaya atau tidak kata-katanya itu aku sendiri tidak pasti..Aku pendamkan saja..Tak mahu pertelingkahan yang lebih besar berlaku ketika itu..Sesungguhnya Tuhan itu MAHA MENGETAHUI..Biarlah Dia yang menentukan kebenaran di sebalik pengakuan itu..

Banyak lagi perkara lain yang AKU dan DIA bincangkan ketika itu..Semua berkisar soal hubungan kami yang bagaikan retak menanti belah ini..Malam itu sekali lagi DIA mengakui DIA masih sayangkan aku..Cuma DIA sendiri keliru..Jalan mana yang harus DIA pilih..Katanya dia rasa bersalah dan malu setelah apa yang telah terjadi..Malu dengan dirinya sendiri dan malu untuk berhadapan dengan aku.."B sendiri tau macam mana org syg kt B sejak mula kita kapel kan?"..Yes I know my dear..Waktu itu memang dia benar-benar sayangkan aku..Di awal hubungan AKU dan DIA pun, kami berjanji untuk "senang sama senang, susah sama susah"..Teringat aku peristiwa dia memarahi aku kerana tidak mengizinkan dia untuk menolong aku.."B anggap syg ni sebagai apa kalau syg sendiri tak boleh menolong B?"..Waktu itu memang aku ditimpa dengan bermacam masalah.."Syg, sory sebab susahkan syg"..

Itu antara sebab yang membuatkan aku masih kekal bertahan..Tapi itu bukanlah yang utama..Mungkin ramai yang beranggapan sebab utama hanyalah kerana SAYANG..Tidak sama sekali..Memang aku sayangkan dia..Memang aku benar-benar sayangkan dia..Tapi mengapa?..Jawapannya kerna aku ingin dia sedar betapa CINTA itu adalah sesuatu yang amat bernilai..Sesuatu yang tidak boleh kita cari di mana-mana..Kenapa perlu musnahkan CINTA yang sudah terbina sedangkan kita sendiri bersusah-payah membinanya?..

.

"Cinta itu bagaikan angin..Yang tidak boleh kita lihat, yang tidak boleh kita sentuh, tapi boleh kita rasa akan kehadirannya.."

.

Aku ingin DIA tahu betapa CINTA itu adalah sesuatu yang amat indah jika kita pandai menilainya..Dan aku pula ingin DIA menilai sejauh mana CINTA aku pada DIA..Begitu juga CINTA dia kepada aku..Jika DIA memandang CINTA, dan jika DIA melihat CINTA, sama juga seperti DIA memandang dan melihat AKU..Kerana bagi aku, CINTA itu tidak ada pada semua orang..Bukan mudah untuk mencari CINTA yang benar-benar ikhlas di luar sana..Dan aku pula mempetaruhkan CINTA aku yang benar-benar ikhlas untuk DIA..

.

"Syg, kalau syg melihat B, pandanglah B sebagai CINTA..Kerana B hanya punya CINTA untuk syg.."

5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. ak plg benci KENANGAN..org yg x tau erti KESETIAAN dun dserve a 2nd chance..they dunno how 2 appreciate ppl..what a lame..=(..

    ReplyDelete
  3. cinta tu bodoh... sorry to say! kerana cinta aq begini? menarik perjalanan hidup awak... boleh dijadikan pelaris sebuah cerita x berwatak.. salam singgah dari;

    TunjukBintang

    ReplyDelete
  4. thanks for the comment..appreciate that

    ReplyDelete