02 June 2009

Hancur luluh... (Episod 5)


Agak lewat juga aku menyambung kisah ini..Kerna seumpama tiada daya lagi utk aku duduk di kerusi ini sambil menatap laptop kesayanganku..Semakin hari aku semakin lemah..Utk mengharungi hari-hari mendatang..Umpama sudah hancur segala-galanya..


Di sini kemuncak kisah AKU dan DIA..Apa yg terjadi antara AKU dan DIA?..Ini kisahnya...

Seperti episod sebelum ini, bkn saja mendung yg mendatang, tapi juga kilat sabung-menyabung..Setelah melihat perubahannya yg makin ketara, aku mula syak-wasangka..Tapi aku kentalkan diri ini supaya tidak terlalu memikirkan perkara yg negatif..Tapi sayangnya..Seperti sudah tersurat, aku mengetahui segalanya..

Aku menjalin kasih dgn MILIK org...Yaa, itulah hakikatnya..Semuanya terbongkar apabila suatu hari aku memeriksa handphone miliknya dan menemui SMS yg begitu mencurigakan..Di dalamnya terkandung SMS yg mana si penghantar memanggil DIA dgn panggilan SAYANG..Sama seperti aku memanggil DIA..Arghh mana mungkin ada insan lain yg memanggilnya seperti itu..Jadi apakah bezanya aku pada DIA jika ada org lain turut memanggilnya dgn gelaran itu?..

Penemuan aku itu memang buat aku tak senang duduk..Sempat aku menyalin nombor penghantar SMS itu tanpa sebarang niat ketika itu..Bermacam yg aku fikirkan..Bermacam juga yg aku gusarkan..Adakah ini punca perubahan DIA sejak kebelakangan ini?..

Aku memberanikan diri utk menyiasat perkara itu..Dengan harapan hasilnya tidaklah akan menyakitkan aku..Sempat aku ber SMS dgn si penghantar SMS itu yg menggelarkan dirinya sebagai "D"..Niat aku ketika itu utk menyelidik dan sengaja berpura2 bertanyakan soal statusnya..Ternyata dia sudah berpunya..Aku teruskan siasatan aku dgn bertanyakan perihal kekasihnya..Sedikit demi sedikit maklumat aku perolehi..Hatiku makin bergoncang..Semuanya seakan-akan sama!

Dan akhirnya..Semua ibarat sudah terang lagi bersuluh..Kami berkongsi kekasih yg sama!!!..Sungguh aku tidak menyangka perkara ini akan menimpa aku..

"Ibarat berkecai alam semesta..
Terapung tenggelam entah ke mana arah..
Tika dikau berbisik ku hiba..
Bagai tujuh lautan kekongtangan..
Dedaun berguguran seakan berputus asa..
Kala dikau melangkah pergi..
Bukan ini yang ku pinta..
Tidak mungkin ini akhirnya..
Kerna ku masih genggam..
Sumpah Setia..."

...Hazami - Kata Cinta Madah Dusta

Betapa hancur luluhnya hati aku ketika itu hanya Tuhan saja yg tahu..Mereka sudah menjalin kasih sejak awal Januari lagi..Kenapa aku tidak pernah menyedari perkara ini?..Mungkin kerana mereka jarang berhubungan..Dulu "D" tinggal di Shah Alam..Tapi sudah berpindah ke Seremban atas alasan kerja..Mungkin kesempatan itu diambil oleh DIA utk menjalin hubungan denganku.. Setelah meminta pendapat dari "D", aku membuat keputusan utk bertemu dgn "D".."D" juga terkejut dgn apa yg telah berlaku..Katanya sungguh dia tidak menyangka akan menerima SMS dari madu sendiri..

Aku cekalkan hati utk menemui "
D" di Seremban..Kami bertemu dan masing2 meluahkan tentang hubungan kami dgn insan yg sama..Mujurlah "D" seorg yg matang dan profesional..Dia sebaya aku.. Kami byk bertukar cerita..Lama juga kami berborak..Cuba mencari jln penyelesaian..Tapi akhirnya kedua-dua kami buntu..Umpama hilang arah ketika itu..


(to be continued)


2 comments:

  1. gentlemennye korg..bgus2...
    inilah dikatakan lelaki matang..

    ReplyDelete
  2. takde gunanya kalau nak bertengkar atau bergaduh..semua tu sia2

    ReplyDelete