22 June 2009

Mengapa?... (Episod 7)

Sambil telinga ini dihidangkan dengan lagu Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal, aku kembali meneruskan kisah AKU dan DIA..Tersentap jiwa ini bila mendengar lagu dendangan kumpulan Shades ini..Air mata terasa begitu murah untuk mengalir..Memang sudah menjadi kebiasaan aku melayan perasaan dengan lagu-lagu seperti ini..Kerana lagu juga boleh menjadi medium untuk aku meluahkan perasaan aku..

"Ku mencari..Ku mencari..Apakah salahku..

Kau buatku termenung seorangan..

Dalam diri sangsi akhirnya begini..

Perpisahan tak ku duga..

Ku mengerti ku fahami keputusan diri..

Biar saja aku sebegini..

Permintaan terakhir ku jangan kau lafazkan..

Simpan saja kata-kata.."

                                                      ...Shades - Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal

.

Seperti yang telah aku janjikan, aku menyambung kisah dari episod sebelum ini..Persoalan mengapa aku masih kekal bertahan di sini akan menjadi input besar untuk kisah kali ini..Setelah bermacam dugaan yang aku lalui, mengapa aku masih mampu berdiri di atas hubungan ini?..Hubungan yang aku sendiri tidak tahu kesudahannya..Malah aku sendiri tidak mengetahui di mana letak duduk aku di dalam hati DIA pada waktu ini..

18 Jun lalu aku ada bertemu dengan DIA..Setelah pertelingkahan besar yang berlaku antara AKU dan DIA dek kemunculan orang keempat dalam kisah AKU dan DIA, aku sekali lagi kebalkan diri untuk bertemu DIA dengan harapan untuk mendengar dari mulutnya sendiri dan berbincang..Mungkin aku bodoh kerana masih lagi memberi ruang pada DIA untuk berbincang..Tapi inilah aku..

"Syg dengan dia takde apa-apala B..Just macam adik dengan abg je"..Itu yang terpacul dari mulutnya tatkala aku bertanyakan perihal kemunculan orang keempat itu..Mahu saja aku menjerit ketika itu..Sama ada untuk percaya atau tidak kata-katanya itu aku sendiri tidak pasti..Aku pendamkan saja..Tak mahu pertelingkahan yang lebih besar berlaku ketika itu..Sesungguhnya Tuhan itu MAHA MENGETAHUI..Biarlah Dia yang menentukan kebenaran di sebalik pengakuan itu..

Banyak lagi perkara lain yang AKU dan DIA bincangkan ketika itu..Semua berkisar soal hubungan kami yang bagaikan retak menanti belah ini..Malam itu sekali lagi DIA mengakui DIA masih sayangkan aku..Cuma DIA sendiri keliru..Jalan mana yang harus DIA pilih..Katanya dia rasa bersalah dan malu setelah apa yang telah terjadi..Malu dengan dirinya sendiri dan malu untuk berhadapan dengan aku.."B sendiri tau macam mana org syg kt B sejak mula kita kapel kan?"..Yes I know my dear..Waktu itu memang dia benar-benar sayangkan aku..Di awal hubungan AKU dan DIA pun, kami berjanji untuk "senang sama senang, susah sama susah"..Teringat aku peristiwa dia memarahi aku kerana tidak mengizinkan dia untuk menolong aku.."B anggap syg ni sebagai apa kalau syg sendiri tak boleh menolong B?"..Waktu itu memang aku ditimpa dengan bermacam masalah.."Syg, sory sebab susahkan syg"..

Itu antara sebab yang membuatkan aku masih kekal bertahan..Tapi itu bukanlah yang utama..Mungkin ramai yang beranggapan sebab utama hanyalah kerana SAYANG..Tidak sama sekali..Memang aku sayangkan dia..Memang aku benar-benar sayangkan dia..Tapi mengapa?..Jawapannya kerna aku ingin dia sedar betapa CINTA itu adalah sesuatu yang amat bernilai..Sesuatu yang tidak boleh kita cari di mana-mana..Kenapa perlu musnahkan CINTA yang sudah terbina sedangkan kita sendiri bersusah-payah membinanya?..

.

"Cinta itu bagaikan angin..Yang tidak boleh kita lihat, yang tidak boleh kita sentuh, tapi boleh kita rasa akan kehadirannya.."

.

Aku ingin DIA tahu betapa CINTA itu adalah sesuatu yang amat indah jika kita pandai menilainya..Dan aku pula ingin DIA menilai sejauh mana CINTA aku pada DIA..Begitu juga CINTA dia kepada aku..Jika DIA memandang CINTA, dan jika DIA melihat CINTA, sama juga seperti DIA memandang dan melihat AKU..Kerana bagi aku, CINTA itu tidak ada pada semua orang..Bukan mudah untuk mencari CINTA yang benar-benar ikhlas di luar sana..Dan aku pula mempetaruhkan CINTA aku yang benar-benar ikhlas untuk DIA..

.

"Syg, kalau syg melihat B, pandanglah B sebagai CINTA..Kerana B hanya punya CINTA untuk syg.."

20 June 2009

Bertahan... (Episod 6)

Pertamanya maaf kerana sudah teramat lama aku tidak menyambung kisah AKU dan DIA..Fikiran aku benar-benar berkecamuk sejak akhir-akhir ini..Sehingga tak tau apa yang ingin aku luahkan di sini..Buat yang sudah membaca kisah AKU dan DIA ini, terima kasih aku ucapkan kerana sudi menyelami isi hati aku di sini..Ramai yang memberitahu aku betapa mereka tersentuh setelah membaca kisah AKU dan DIA ini..Tak kurang juga yang memberi aku sokongan dan nasihat..Thank you so much!..

Apa kisah terbaru AKU dan DIA?..Mungkin ramai yang bertanya..The answer is "Its getting worst"..Sejak peristiwa itu, banyak perkara yang berlaku..Kerap juga kami bertelingkah bila menyentuh soal hubungan AKU dan DIA..Tapi yang pasti kisah AKU dan DIA masih lagi belum ada penamatnya..Bagaimana pula kisah AKU dan MADU ku?..Kami kerap berhubung melalui SMS dan YM..Kerap juga kami berbincang soal permasalahan yang timbul antara kami..Now we are friend..Aku sendiri tidak pernah menduga akan punya MADU dan berbaik dengan madu aku sendiri..

Tapi lain pula situasinya dengan DIA..Hubungan AKU dan DIA semakin hari semakin dingin..Aku kebalkan diri aku untuk cuba berbuat biasa saja dengan DIA..Tapi selalunya respon dia kepada aku amat menyedihkan aku.."Syg, adakah B yang bersalah dalam hal ni?"..Setiap hari aku semakin rungsing memikirkan permasalahan ini..Apakah kesudahannya dan sampai bila akan terus begini?..Kerap juga aku mempelawa dia keluar bersama..Cukuplah sekadar keluar makan bersama..Kerna aku begitu rindu untuk menatap wajahnya..Untuk melihat senyum manisnya..Dan untuk melihat telatah manjanya setiap kali dia bersama aku..

Tapi sayangnya, ada saja alasan dari DIA setiap kali aku menyatakan hasrat aku untuk bertemunya.."Kenapa syg? Dah tak sudi ke nak jumpa B? Tak rindu kat B ke?"..Pernah sekali aku menanti DIA di kawasan rumahnya semata-mata untuk melihat dia pulang dari kelas..Bagi aku, cukuplah dapat memerhati DIA dari jauh..Cukuplah untuk melepaskan rindu aku pada DIA.."Syg, I miss u so much"..

Kelmarin, aku kembali teruji..Kali ini ujiannya benar-benar besar..Ibarat deruan ombak besar yang datang dari jauh dan akhirnya menghempas pantai..Aku kaku..Bila mendapat tahu muncul pula orang KEEMPAT..Ya! Tak cukup dengan AKU, DIA dan MADU ku, muncul pula orang keempat..Rasanya tidak perlu aku ceritakan bagaimana perasaan aku ketika itu..Aku cuma tergamam dan termenung jauh..Mengapa ini semua harus berlaku?..Tidak cukupkah apa yang sudah menimpa?..

Hati aku yang sebelum ini sudah tersedia hancur kini semakin hancur..Bagaikan dikisar-kisar hati ini tatkala itu..Sesungguhnya Tuhan itu MAHA BERKUASA..Ibarat sudah tersurat, aku sendiri yang mengetahui perkara ini tanpa pengetahuan DIA..Bagaimana aku mengetahui semua ini?..Tak perlulah aku ceritakan..Kerana ia benar-benar menyakitkan aku.."Syg, tak cukup ke syg lukakan hati B selama ni?"

Ada yang beranggapan aku BODOH!..Kerna masih lagi bertahan di sini setelah apa yang telah berlaku..Maafkan aku..Bukan aku ingin merbodohkan diri sendiri..Tapi aku punya sebab aku sendiri untuk terus bertahan di sini..Segalanya akan aku luahkan dalam kisah seterusnya nanti..

.

.

"Bukan mudah untuk dua hati bersatu menjadi satu..Bukan mudah juga untuk bertahan supaya dua hati kekal menjadi satu..Tapi mengapa terlalu mudah untuk meleraikan dua hati yang telah menjadi satu?.."

04 June 2009

Keikhlasan... (Selingan)



"Cinta dan hati saya hanyalah utk org yg benar-benar ikhlas mencintai saya, bukan utk dipersendakan.."



...petikan skrip Heliza dlm "Syurga Cinta"


Syg..I'm just love u and will always love u..

02 June 2009

Hancur luluh... (Episod 5)


Agak lewat juga aku menyambung kisah ini..Kerna seumpama tiada daya lagi utk aku duduk di kerusi ini sambil menatap laptop kesayanganku..Semakin hari aku semakin lemah..Utk mengharungi hari-hari mendatang..Umpama sudah hancur segala-galanya..


Di sini kemuncak kisah AKU dan DIA..Apa yg terjadi antara AKU dan DIA?..Ini kisahnya...

Seperti episod sebelum ini, bkn saja mendung yg mendatang, tapi juga kilat sabung-menyabung..Setelah melihat perubahannya yg makin ketara, aku mula syak-wasangka..Tapi aku kentalkan diri ini supaya tidak terlalu memikirkan perkara yg negatif..Tapi sayangnya..Seperti sudah tersurat, aku mengetahui segalanya..

Aku menjalin kasih dgn MILIK org...Yaa, itulah hakikatnya..Semuanya terbongkar apabila suatu hari aku memeriksa handphone miliknya dan menemui SMS yg begitu mencurigakan..Di dalamnya terkandung SMS yg mana si penghantar memanggil DIA dgn panggilan SAYANG..Sama seperti aku memanggil DIA..Arghh mana mungkin ada insan lain yg memanggilnya seperti itu..Jadi apakah bezanya aku pada DIA jika ada org lain turut memanggilnya dgn gelaran itu?..

Penemuan aku itu memang buat aku tak senang duduk..Sempat aku menyalin nombor penghantar SMS itu tanpa sebarang niat ketika itu..Bermacam yg aku fikirkan..Bermacam juga yg aku gusarkan..Adakah ini punca perubahan DIA sejak kebelakangan ini?..

Aku memberanikan diri utk menyiasat perkara itu..Dengan harapan hasilnya tidaklah akan menyakitkan aku..Sempat aku ber SMS dgn si penghantar SMS itu yg menggelarkan dirinya sebagai "D"..Niat aku ketika itu utk menyelidik dan sengaja berpura2 bertanyakan soal statusnya..Ternyata dia sudah berpunya..Aku teruskan siasatan aku dgn bertanyakan perihal kekasihnya..Sedikit demi sedikit maklumat aku perolehi..Hatiku makin bergoncang..Semuanya seakan-akan sama!

Dan akhirnya..Semua ibarat sudah terang lagi bersuluh..Kami berkongsi kekasih yg sama!!!..Sungguh aku tidak menyangka perkara ini akan menimpa aku..

"Ibarat berkecai alam semesta..
Terapung tenggelam entah ke mana arah..
Tika dikau berbisik ku hiba..
Bagai tujuh lautan kekongtangan..
Dedaun berguguran seakan berputus asa..
Kala dikau melangkah pergi..
Bukan ini yang ku pinta..
Tidak mungkin ini akhirnya..
Kerna ku masih genggam..
Sumpah Setia..."

...Hazami - Kata Cinta Madah Dusta

Betapa hancur luluhnya hati aku ketika itu hanya Tuhan saja yg tahu..Mereka sudah menjalin kasih sejak awal Januari lagi..Kenapa aku tidak pernah menyedari perkara ini?..Mungkin kerana mereka jarang berhubungan..Dulu "D" tinggal di Shah Alam..Tapi sudah berpindah ke Seremban atas alasan kerja..Mungkin kesempatan itu diambil oleh DIA utk menjalin hubungan denganku.. Setelah meminta pendapat dari "D", aku membuat keputusan utk bertemu dgn "D".."D" juga terkejut dgn apa yg telah berlaku..Katanya sungguh dia tidak menyangka akan menerima SMS dari madu sendiri..

Aku cekalkan hati utk menemui "
D" di Seremban..Kami bertemu dan masing2 meluahkan tentang hubungan kami dgn insan yg sama..Mujurlah "D" seorg yg matang dan profesional..Dia sebaya aku.. Kami byk bertukar cerita..Lama juga kami berborak..Cuba mencari jln penyelesaian..Tapi akhirnya kedua-dua kami buntu..Umpama hilang arah ketika itu..


(to be continued)